Monday, 16 January 2012

Ladang 8 dapat bantuan Jabatan Pertanian

Syukur alhamdulillah, usaha dan doa peladang moden untuk memajukan ladang mereka mendapat perhatian.  Baru-baru ini, Jabatan Pertanian Titi Gantung telah tampil membekal benih herba misai kucing, membekal sistem pengairan dan mesin pam dan memperbaiki pagar. Ladang 8 amat berterima kasih kepada Jabatan Pertanian Titi Gantung, Pegawai Pertanian Puan Raudhah Talib dan juga kepada Penolong Pegawai Pertanian Encik Abdul Latif Hashim serta anak-anak buahnya yang bertungkus lumus menyediakan segala keperluan ladang.

Kelihatan Encik Abdul Latif Hashim dari Jabatan Pertanian Titi Gantung (kiri sekali) memberi arahan kepada anak-anak buahnya untuk menyediakan sistem paip pangairan.

Kedua-dua belah pihak, peladang dan Jabatan Pertanian, berkerjasama mengangkut dan mengatur paip-paip pengairan

Mesin pam jenama Koshin buatan Jepun yang dibekalkan oleh Jabatan Pertanian Titi Gantung

Pemasangan beberapa injap adalah bagi membolehkan peladang mengawal pengaliran air kepada bahagian-bahagian ladang mengikut keperluan pengairan

Encik Azman Mohamad Jali dan Encik Nyak Mohd Aziz Berahim adalah dua dari enam orang rakan kongsi yang turut turun padang untuk belajar dan membantu pemasangan paip sistem pengairan

Walaupun mengurus ladang adalah salah  satu dari tugas hakiki Encik Nyak Mohd Aziz Berahim di Ladang 8 ini, beliau juga turut bersama-sama dengan dua orang pekerja ladang membaiki batas, meracun rumpai dan sebagainya.


Encik Nyak Mohd Aziz Berahim kelihatan sedang memunggah paip pengairan tambahan dari lori syarikatnya

Sistem paip pengairan diubahsuai kedudukannya kerana penanaman herba misai kucing dibahagi kepada empat bahagian/blok.  Ini bertujuan agar hasil tuaian nanti boleh dibuat mengikut giliran blok sepanjang tahun

Salah seorang dari pekerja Jabatan Pertanian sedang menunjukajar Encik Nyak Mohd Aziz cara memasang penyambungan paip pengairan

"Dah pasang tu elok dah tapi kena ikat kuat-kuat jugak," kata salah seorang dari pekerja Jabatan Pertanian yang berpengalaman luas dalam kaedah pemasangan sistem paip pengairan





















Walaupun panas terik, kerja terus dijalankan dengan penuh tekun bagi memastikan sistem paip pengairan berfungsi dengan baik.

Encik Abdul Latif Hashim juga tidak duduk diam tapi turut membantu apa saja kerja yang boleh dibuatnya

"Pasang elok-elok yek," kata Encik Abdul Latif Hashim kepada anak buahnya

Walaupun penat dan berkeringat, Encik Abdul Latif Hashim masih mampu memberikan pose istimewa ini



Ujian mesin pam dan sistem paip dilakukan dengan jayanya. Hilang rasa penat bila melihat hasil kerja yang menjadi

Air, air, air! Air segar memancut dengan kuatnya keseluruh blok ladang...syukur alhamdulillah

Bila air mengalir, sudah tentu peladang moden ini melahirkan tanda gembira dan kesyukuran.  Semoga mendapat hasil yang lumayan, insyaallah

Keadaan diladang pada dini hari sungguh tenang walaupun panas terik.  Sistem pengairan berjaya disiapkan dan berfungsi.  Yang masih dalam tindakan peladang adalah menaiktaraf pagar.... Walau apa pun, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pegawai-pegawai di Jabatan Pertanian Titi Gantung yang telah sudi membantu Ladang 8 dalam usaha mereka berbakti kepada tanah dan menjadi peladang moden. TERIMA KASIH DAUN KELADI...