Saturday 10 March 2012

Menaik Taraf Pagar

Pada  01 Mac 2012 lalu, kerja-kerja menaik taraf pagar Ladang 8 telah siap 95% dilaksanakan dan sessi lawatan kerja telah dilakukan oleh pihak pengurusan.  Pada keseluruhannya, pihak pengurusan telah berpuas hati dengan hasil kerja tersebut walaupun beberapa ciri-ciri pembaikan telah diberikan untuk tindakan.  Dengan itu, penampilan Ladang 8 naik setakuk lagi bagi menepati  piawai "Ladang Contoh Jabatan Pertanian."

 





Sunday 29 January 2012

Tapak Semaian Ladang 8

Persediaan untuk memulakan kerja-kerja menebas dan membersih tapak semaian

Isteri Encik Mazlan Mohammad Jali, Puan Halimaton Jaafar, turut memberi sokongan moral dengan menyediakan minuman dan juadah

Bila sudah penat dan dahaga, kedatangan minuman dan juadah sememangnya amat dialu-alukan

Kawasan tapak semaian yang bertanda ini berukuran 40 kaki x 20 kaki sudah cukup luas untuk memenuhi keperluan Ladang 8.

Monday 16 January 2012

Ladang 8 dapat bantuan Jabatan Pertanian

Syukur alhamdulillah, usaha dan doa peladang moden untuk memajukan ladang mereka mendapat perhatian.  Baru-baru ini, Jabatan Pertanian Titi Gantung telah tampil membekal benih herba misai kucing, membekal sistem pengairan dan mesin pam dan memperbaiki pagar. Ladang 8 amat berterima kasih kepada Jabatan Pertanian Titi Gantung, Pegawai Pertanian Puan Raudhah Talib dan juga kepada Penolong Pegawai Pertanian Encik Abdul Latif Hashim serta anak-anak buahnya yang bertungkus lumus menyediakan segala keperluan ladang.

Kelihatan Encik Abdul Latif Hashim dari Jabatan Pertanian Titi Gantung (kiri sekali) memberi arahan kepada anak-anak buahnya untuk menyediakan sistem paip pangairan.

Kedua-dua belah pihak, peladang dan Jabatan Pertanian, berkerjasama mengangkut dan mengatur paip-paip pengairan

Mesin pam jenama Koshin buatan Jepun yang dibekalkan oleh Jabatan Pertanian Titi Gantung

Pemasangan beberapa injap adalah bagi membolehkan peladang mengawal pengaliran air kepada bahagian-bahagian ladang mengikut keperluan pengairan

Encik Azman Mohamad Jali dan Encik Nyak Mohd Aziz Berahim adalah dua dari enam orang rakan kongsi yang turut turun padang untuk belajar dan membantu pemasangan paip sistem pengairan

Walaupun mengurus ladang adalah salah  satu dari tugas hakiki Encik Nyak Mohd Aziz Berahim di Ladang 8 ini, beliau juga turut bersama-sama dengan dua orang pekerja ladang membaiki batas, meracun rumpai dan sebagainya.


Encik Nyak Mohd Aziz Berahim kelihatan sedang memunggah paip pengairan tambahan dari lori syarikatnya

Sistem paip pengairan diubahsuai kedudukannya kerana penanaman herba misai kucing dibahagi kepada empat bahagian/blok.  Ini bertujuan agar hasil tuaian nanti boleh dibuat mengikut giliran blok sepanjang tahun

Salah seorang dari pekerja Jabatan Pertanian sedang menunjukajar Encik Nyak Mohd Aziz cara memasang penyambungan paip pengairan

"Dah pasang tu elok dah tapi kena ikat kuat-kuat jugak," kata salah seorang dari pekerja Jabatan Pertanian yang berpengalaman luas dalam kaedah pemasangan sistem paip pengairan





















Walaupun panas terik, kerja terus dijalankan dengan penuh tekun bagi memastikan sistem paip pengairan berfungsi dengan baik.

Encik Abdul Latif Hashim juga tidak duduk diam tapi turut membantu apa saja kerja yang boleh dibuatnya

"Pasang elok-elok yek," kata Encik Abdul Latif Hashim kepada anak buahnya

Walaupun penat dan berkeringat, Encik Abdul Latif Hashim masih mampu memberikan pose istimewa ini



Ujian mesin pam dan sistem paip dilakukan dengan jayanya. Hilang rasa penat bila melihat hasil kerja yang menjadi

Air, air, air! Air segar memancut dengan kuatnya keseluruh blok ladang...syukur alhamdulillah

Bila air mengalir, sudah tentu peladang moden ini melahirkan tanda gembira dan kesyukuran.  Semoga mendapat hasil yang lumayan, insyaallah

Keadaan diladang pada dini hari sungguh tenang walaupun panas terik.  Sistem pengairan berjaya disiapkan dan berfungsi.  Yang masih dalam tindakan peladang adalah menaiktaraf pagar.... Walau apa pun, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pegawai-pegawai di Jabatan Pertanian Titi Gantung yang telah sudi membantu Ladang 8 dalam usaha mereka berbakti kepada tanah dan menjadi peladang moden. TERIMA KASIH DAUN KELADI...


Monday 9 January 2012

Majlis Menandatangani MOA Perladangan Kontrak

Satu majlis ringkas untuk menandatangani MOA bagi membekal herba misai kucing diantara Perladangan Agro BS Lapan dengan Energy Impulse Sdn Bhd telah diadakan di Doli Taiping pada 09hb Januari 2012.

Encik Faiza Sufi Zakaria dari Energy Impulse Sdn Bhd sedang menandatangani MOA bagi pihak syarikatnya.

Encik Azman Mohamad Jali, rakan kongsi Perladangan Agro BS Lapan, sedang menandatangani MOA bagi pihak syarikatnya. Turut hadir menyaksikan majlis tersebut adalah dua orang lagi rakan kongsi dari Perladangan Agro BS Lapan, Encik Nyak Mohd Aziz Brahim (sebelah kanan gambar) dan Encik Mazlan Mohammad Jali (tidak kelihatan dalam gambar).

Encik Nyak Mohd Aziz sedang menandatangani MOA.

Majlis menandatangani MOA telah selamat dilaksanakan pada pukul 4:32 petang 09hb Januari 2012 di Doli Taiping. Semoga segala usaha dikedua-dua belah pihak beroleh kejayaan dan diberkatiNya.

Saturday 7 January 2012

Perbincangan dengan Energy Impulse Sdn Bhd (EISB)

Kelihatan Encik Azman Mohamad Jali (PABS8) sedang berbincang dengan Encik Faiza Sufi Zakaria (EISB) berhubung dengan hasrat PABS8 untuk membekal herba misai kucing kepada EISB. Cik Zailan Mohamad Jali (PABS8) turut hadir dalam perbincangan tersebut, yang diadakan dikediaman rakan kongsi PABS8, Encik Nyak Aziz di Terong, Perak pada 27 November 2011 yang lalu.

Encik Faiza Sufi Zakaria (EISB) sedang membuat produk demo. Encik Azman Mohamad Jali (PABS8) meneliti dengan penuh minat.

EISB amat mementingkan mutu. Produk herba misai kucing EISB dibawah jenama Rainhill adalah lebih hijau dan segar dari jenama-jenama lain, kini berada dalam pasaran di farmasi-farmasi tempatan.

Terma dan syarat pembekalan dan pembelian herba misai kucing sedang rancak dibincangkan.


Lawatan ringkas ke Ladang 8 yang dimiliki oleh PABS8 juga turut diadakan pada 27 November 2011 yang lalu.

Lawatan ke ladang EISB di Batu Kurau juga turut diadakan pada 27 November 2011 bagi memperkenalkan mutu dan piawai ladang yang sedang diusahakan oleh EISB. Ladang ini menjadi contoh kepada PABS8 untuk diikuti bagi menjamin mutu herba misai kucing.

Kelihatan saiz pucuk herba misai kucing yang dihasilkan oleh EISB.

Friday 30 December 2011

Ladang 8 @ Terong, Perak

1350 pokok pisang emas siap dinanam dan 4800 pokok misai kucing akan dinanam diantara pokok pisang
Sumber air dari telaga ini akan dipam dan disalirkan melalui paip-paip untuk pengairan pokok misai  kucing


Kolam tambahan ini untuk mempastikan bekalan air mencukupi




Swandi, sifu ladang, sedang menyediakan kayu pancang untuk "memegang" paip  air diatas batas

Menanam, membetulkan alas plastik dan paip pengairan adalah diantara kerja-kerja yang sentiasa dilakukan



Jarak diantara pokok misai kucing ditetapkan sebanyak tiga kaki bagi  membolehkan pokok tumbuh cantik
 
Memang berbeza bila kerja diladang berbanding dipejabat.  Bila kepenatan, dimana saja boleh boleh berehat
Satu dari enam belas batas yang telah dikemaskan dan siap ditanam pokok misai kucing. 


Peladang-peladang gigih... Mazlan, Swandi, Azman, Zailan & Hamdan. Nyak Aziz ada urusan diluar daerah